WAN NOR AUTO SERVICES (Pusat Servis Kereta, Bas Dan Lori) telah ditubuhkan pada 22 Disember 2009. Bengkel kami terletak di Taman Perindustrian Temerloh, Mentakab .
Pengasas dan pemegang ekuiti syarikat adalah merupakan orang yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Syarikat ini merupakan 100% bumiputera dari segi ekuiti dan pekerja.
Walaupun WAN NOR AUTO SERVICES ini baru sahaja ditubuhkan tetapi peneraju utama syarikat sangat berpengalaman kerana telah terlibat dalam memberi perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kepada peralatan dan membaik pulih kenderaan serta jentera-jentera berat.
Selain dari memberi perkhidmatan kepada sektor kerajaan, WAN NOR AUTO SERVICES juga memberi perkhidmatan kepada pelanggan di persekitaran dan sektor swasta. Kepuasaan dan maklum balas dari pelanggan amat dititik beratkan dalam memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat disediakan.
Dengan pengalaman yang diperolehi semasa bekerja dengan sektor swasta dalam pelbagai portfolio, WAN NOR AUTO SERVICES percaya mampu untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui strategi pemasaran yang berkesan dan tenaga kerja yang mahir.